LAMAN UTAMA
SELAMAT DATANG KE SMK DATO' AHMAD MAHER
HARI TERBUKA ASRAMA PDF Print E-mail
Berita - Berita
Friday, 17 February 2012 10:48

17 FEBRUARI - SMK. Dato' Ahmad Maher telah mengadakan Hari Terbuka Asrama. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena hari tersebut. Pada hari tersebut, pelajar-pelajar Aspura dibenarkan melawat Aspuri dan sebaliknya. Tn. Hj. Che Ab. Aziz bin Hj. Daud, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu telah menyempurnakan majlis seterusnya menyampaikan hadiah kepada pelajar asrama. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pn. Wan Suraya bt. Wan Ibrahim, Pegawai di Jabatan Pelajaran Kelantan. Antara pertandingan yang dijalankan ialah:

  1. Pertandungan dorm cantik
  2. Pertandingan bola sepak antara dorm Aspura
  3. Pertandingan bola jaring antara dorm Aspuri
  4. Pertandingan bilik Prep paling kondusif

Majlis diakhiri dengan selawat ke atas nabi dan makan tengah hari.

Last Updated on Monday, 20 February 2012 15:28
 
MAJLIS JASAMU DIKENANG PDF Print E-mail
Berita - Berita
Friday, 17 February 2012 10:23

31 JANUARI 2012— Majlis ini telah diadakan di Dewan Tan Sri Dr Wan Mohd Zaid yang bermula pada jam 7.30 pagi.Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengenang jasa guru-guru yang telah berpindah ke sekolah lain.Antara guru yang bertukar ialah :

· Puan Noor Adlina Gooi bt Abdullah

SMK Mahmud Mahyiddin

· YM Datin Hjh.Dyuhiza bt Anwar

SMK Panji

· YM Tuan Khairuddin bin Tn Ahmad Sulong

SMK Kubang Kerian 3

· En.Mohd Yuzarman bin Yaacob

SMK Putera

· Pn Maizatul Asma bt Mustapha

SMK Pintu Geng

· Pn Faridah bt Mohd

SMK Kota Bharu

 

Majlis ini dimulakan semua pelajar guru berkumpul di dewan.Seterusnya,pada jam 7.40 pagi ketibaan guru-guru yang diraikan dengan diiringi oleh para pentadbir sekolah.Majlis diteruskan dengan ucapan wakil pemimpin pelajar iaitu ucapan Ketua Pemimpin Pelajar,ucapan pengerusi KGKT iaitu En Nik Rusli, ucapan Penolong Kanan HEM,En Haron Khan b. Jamal Khan dan ucapan wakil guru yang bertukar iaitu Pn Noor Adlina Gooi bt Abdullah .

Program ini berakhir dengan penyampaian cenderahati daripada semua wakil warga SMK Dato’ Ahmad Maher kepada guru-guru yang telah bertukar. Pukul 9.00 pagi ,majlis bersurai.

Last Updated on Sunday, 19 February 2012 01:12
 
ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN SATU PDF Print E-mail
Berita - Berita
Friday, 17 February 2012 10:15

3 Januari 2012—Minggu orientasi pelajar Tingkatan 1 telah diadakan di Dewan Tan Sri Dr. Wan Mohd Zaid. Program ini merupakan anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling. Seramai 191 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang, 5A yang terpilih telah mendaftar di SMK Dato’ Ahmad Maher.

Objektif program ini diadakan supaya murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah yang baru. Selain itu, murid-murid juga dapat memahami kurikulum, korikulum dan budaya belajar sekolah menengah. Di samping itu, murid-murid dapat menyediakan fizikal, mental dan emosi yang membina di alam sekolah menengah.

Penutupan program ini telah dirasmikan oleh pengetua SMK Dato’ Ahmad Maher iaitu Puan Hjh. Che Ragayah bt Muhamad.

Last Updated on Sunday, 19 February 2012 01:12
 
ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 4 PDF Print E-mail
Berita - Berita
Friday, 17 February 2012 10:17

3 Januari 2012 - Minggu orientasi pelajar tingkatan 4 telah berjalan pada 3 hingga 5 Januari. Program ini telah diadakan di Dewan Raja Abdullah.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh pelajar tingkatan 4. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah taklimat daripada jabatan sains, jabatan matematik, jabatan sains sosial, jabatan bahasa, jabatan teknik dan vokasional. Selain itu, sesi ceramah kerohanian, ujian personaliti dan taklimat disiplin turut diadakan. Dengan program ini ,pelajar tingkatan 4 dapat mengambil banyak pengalaman, nilai murni dan pengajaran.

Perasmian penutup telah dirasmikan oleh puan pengetua, Puan Hjh. Che Ragayah bt Muhamad.

Konklusinya, menerusi program orientasi ini, para pelajar dapat membuat pilihan bagi menerusi perjuangan dalam alam persekolahan menengah atas.

Last Updated on Sunday, 19 February 2012 01:13
 
KEPUTUSAN PMR 2011 PDF Print E-mail
Berita - Berita
Friday, 17 February 2012 10:12

22 NOVEMBER 2011-Keputusan Peperiksaan Menengah Rendah telah diumumkan semasa cuti sekolah penggal 2 tahun 2011. Semua pelajar yang cemerlang dalam keputusan PMR berasa gembira berpuas hati.

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’Ahmad Maher telah menghasikan keputusan yang sangat membanggakan kepada semua pihak. Seramai 128 pelajar yang telah mendapat keputusan semua A dalam mata pelajaran dan seramai 50 pelajar yang mendapat 7A 1B dalam mata pelajaran. Ibubapa pelajar, pengetua sekolah dan guru-guru berasa teruja dengan keputusan yang dapat dihasilkan oleh pelajar SMKDAM. SMKDAM telah mendapat kedudukan yang ketujuh dalam Kelantan. Peratus keputusan PMR dari tahun sebelum ini juga meningkat iaitu 55.41% manakala CGPS sekolah ialah 1.12.

Antara aktiviti yang telah diadakan sebelum pelajar menduduki peperiksaan ialah kelas tambahan petang, kelas tambahan malam dan bengkel teknik menjawab soalan.

Akhir sekali, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang banyak memberi sokongan dan berganding bahu bagi membantu ke arah kecemerlangan para pelajar SMKDAM.

Last Updated on Monday, 20 February 2012 15:35
 
«StartPrev123NextEnd»

Page 1 of 3
 

Kemaskini

Who's Online

We have 9 guests online