LAMAN UTAMA BERITA TERKINI Majlis Pelancaran Sasaran Kecemerlangan & Aku Janji Pelajar PMR, SPM & STPM

Menu Utama

Pautan Utama

Majlis Pelancaran Sasaran Kecemerlangan & Aku Janji Pelajar PMR, SPM & STPM PDF Print E-mail
Written by Rosely bin MUstapha   
Thursday, 29 March 2012 13:09

21 FEB - Majlis Pelancaran Sasaran Kecemerlangan dan Aku Janji Pelajar PMR, SPM dan STPM 2012 telah diadakan di Dewan Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid. Program ini bermula pada pukul 9.30 pagi iaitu pendaftaran pelajar-pelajar dan ibubapa atau penjaga pelajar.

Seterusnya, untuk lebih memberkati lagi program ini, masjlis diteruskan dengan bacaan doa. Selepas selesai mengaminkan bacaan doa tadi masjlis diteruskan dengan ucapan alu aluan oleh YBrs. Pn. Hjh. Che Rogayah Bt. Mohamad iaitu pengetua SMK Dato’Ahmad Maher. Dalam masjlis tersebut beliau sempat memberi sedikit taklimat atau nasihat yang sangat berguna kepada pelajar mahupun ibubapa yang hadir. Untuk melengkapkan lagi majlis tersebut, ucapan taklimat headcount sangat diperlukan bagi memastikan bilangan ibubapa yang hadir, oleh itu ucapan taklimat headcount pada hari tersebut disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd .Zamri Bin Abdul Aziz iaitu Penolong Kanan Pentadbiran SMK Dato’Ahmad Maher .

Tepat jam 11 pagi , ibubapa yang hadir diminta untuk menandatangani Borang Akur Janji Pelajar yang telah disediakan oleh para guru . Setelah selesai seisi tersebut, majlis diteruskan dengan bacaan ikrar semua pelajar dan ibubapa yang hadir. Jam11.30 iaitu seisi penyerahan Borang Akur Janji Pelajar kepada tuan pengetua sekolah oleh ketua pelajar .

Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada ibubapa tentang tahap pencapaian anak anak dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2011 dan penetapan kecemerlangan calon SPM2012. Akhir sekali, Mewujudkan kerjasama dan perkongsian antara guru,pelajar,ibubapa dalam menangani permasalahan pembelajaran serta mencari pendekatan yang sesuai untuk mengatasi demi meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam SPM2012.

 

Last Updated on Monday, 02 April 2012 04:04